Lanjutan Tarikh Akhir Tuntutan SKK & Penunaian Bayaran STR 2023

Tarikh akhir tuntutan SKK dan penunaian bayaran STR 2023 di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan dilanjutkan sehingga 31 Januari 2024.

Kategori permohonan:

Berstatus Lulus STR 2023 dan tiada maklumat akaun bank / status pengkreditan Gagal Kredit

Individu (Pemohon dan/atau Pasangan) yang meninggal dunia pada tahun 2023 dan menepati syarat kelayakan SKK.

Semakan status permohonan / Pembayaran STR 2023 dengan cara Log Masuk MySTR Semakan Status Maklumat Pembayaran.

Sila Klik Soalan Lazim (FAQ) Pembayaran STR 2023.

Sila Klik Soalan Lazim (FAQ) Maklumat Waris dan Skim Khairat Kematian (SKK).


Semakan Status Rayuan STR 2023

Status kelulusan permohonan Rayuan STR 2023 boleh disemak mulai 07 November 2023. Klik Log Masuk MySTR untuk semakan lanjut.

Surat kelulusan boleh dimuat turun dari semasa ke semasa pada menu MySTR Peti Mel Surat

Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Semakan Status STR 2023.


Pembayaran STR Fasa 4 Dan Rayuan

Pembayaran STR Fasa 4 & Rayuan mulai 07 November 2023 secara berperingkat.

Penerima bayaran STR Fasa 4 & Rayuan merujuk kepada permohonan STR yang berstatus Lulus / Lulus Rayuan STR 2023.

Kaedah pembayaran:

Pengkreditan ke akaun bank Pemohon / Pasangan

Penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Pembayaran STR 2023.

Sila klik Soalan Lazim (FAQ) Semakan Status Dan Pembayaran Rayuan STR 2023.


Jadual Pembayaran Kaunter Pedalaman Sabah / Sarawak
Permohonan Rayuan STR 2023
Semakan Status STR
Pembayaran STR Fasa 3
Pembayaran STR Fasa 2
Permohonan Baharu / Kemas Kini STR 2023
Pembayaran STR Fasa 1

Log Masuk MySTR


Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemas kini permohonan dan semakan STR 2023 bagi pemohon yang mempunyai rekod STR 2023.

Log Masuk MySTR memerlukan ID Pengguna (No. MyKad) dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran MySTR, Sila klik Soalan Lazim (FAQ) MySTR.

Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.


Berhati-hati dengan Penyamaran


LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan permohonan baharu, permohonan kemas kini atau semakan status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 secara bergerak melalui Pegawai LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.

LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

Tiada Caj


TIADA CAJ yang dikenakan bagi permohonan baharu, permohonan kemas kini atau semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau 'scam' yang aktif di media sosial. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk Portal Rasmi STR bagi sebarang semakan dan makluman terkini.

alternative

Hotline BKK LHDNM

  • 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)

Hotline STR MOF

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

Talian Bantuan Khas Kerajaan LHDNM

e-Mel

Alamat

  • Sekretariat STR,
    Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia
    (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Skim Khairat Kematian (SKK) STR 2023


Amaun Tuntutan – RM1,000 bagi setiap individu yang layak.

Tarikh Tuntutan SKK - Mulai 17 Julai 2023.

Kaedah Tuntutan – Secara Tunai di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

Sila klik untuk Soalan Lazim (FAQ) Maklumat Waris(SKK) Dan Skim Khairat Kematian.


Hubungan Waris Yang Layak Tuntut SKK


Permohonan Kategori Kahwin.

  • Pasangan (wujud pada permohonan STR 2023); atau
  • Pemohon diberi keutamaan untuk tuntutan SKK sekiranya Pasangan (wujud pada permohonan STR 2023) meninggal dunia; atau
  • Waris berdaftar pada Permohonan STR 2023 sekiranya Pemohon / Pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN. Bawa bersama dokumen sokongan tambahan.

Hubungan Waris yang layak adalah:.

  • Pasangan
  • Ibu
  • Bapa
  • Anak
    • Anak Kandung
    • Anak Tiri
    • Anak Angkat
  • Adik-Beradik

Syarat Kelayakan SKK


Permohonan berstatus Lulus STR 2023 bagi kategori (Bukan Warga Emas):

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat
  • Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023

Permohonan Warga Emas yang Lulus Permohonan STR 2023 atau menerima bayaran Fasa 1 atau Fasa 2 dan berstatus Tidak Layak / Tidak Lulus STR 2023 bagi kategori:

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;atau
  • Bujang; atau
  • Warga Emas Tiada Pasangan
  • Tempoh meninggal dunia: 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023

Individu meninggal dunia yang layak SKK

  • Pemohon
  • Pasangan yang wujud pada borang Permohonan Lulus STR 2023 dan berstatus Warganegara

Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Tuntutan SKK


Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan

Dokumen Pengenalan Diri asal Waris; atau

Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu)


Siaran Media

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 (STR 3) Disalurkan Secara Berperingkat Mulai 26 Jun 2023.
alternative
Jun 22, 2023
Papar
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Berstatus Miskin Tegar Bakal Terima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Mulai 17 Julai 2023
alternative
Julai 16, 2023
Papar
Pembayaran STR Fasa 2 bernilai RM1.26 bilion kepada 8.7 juta golongan B40 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 5 April 2023 (Rabu).
alternative
April 3, 2023
Papar
Tarikh permohonan baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuka mulai 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023.
alternative
Mac 1, 2023
Papar
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bernilai RM1.67 BILION secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).
alternative
Jan 16, 2023
Papar
Hampir 60% Penduduk Dewasa Malaysia Memanfaatkan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tahun Ini
alternative
Nov 1, 2023
Papar
Peruntukan RM1 Bilion Bagi eMadani Dijangka Memanfaatkan Sehingga 10 Juta Rakyat Malaysia
alternative
Nov 29, 2023
Papar